Ahad, 29 Januari 2017

luahan hati aku.

Assalamualaikum.

Hai pembaca sekalian. Kalau korang sudi baca,, thanks sesangat. at least, ada la jgk orang dngr luahan hati aku ni.

jika kau percaya penamat bagi sebuah cerita itu indah jika kau menjadi orang yang baik, kau beruntung. kerana kau masih percaya. tapi kekadang kau rasa benci dan mengamuk giler bila ianya lambat hadir. bila difikirkan balik, jika ia tamat yang bahagia, aku tidak lagi ada disini. aku di tempat yang lain. adakah aku ingin bersama mereka lagi. adakah aku ingin lari dari mereka semua.

aku bukan sesiapa. aku biasa. tak menarik. tak tertarik dek orang pun. jika orang ingin nilai aku, mereka takkan nampak apa yang baik tentang aku. aku takda manfaat untuk mereka pun. aku orang yg biasa sangat. aku tak hina diri aku. orang orang yang suka tolak aku. aku tak kisah ditolak. tapi apabila semua orang menolak, aku rasa sakit. kadang kadang orang tolak dengan kuat. ada jugak tolak dengan perlahan. aku usik sikit, mereka tengking. padahal aku tak tolak dorang pun.

kau tahu ini cerita tentang apa? kau sendiri boleh cipta imaginasi sendiri. jika ia ada kaitan dengan hidup korang, korang hayati la. random k.

adakalanya Allah bagi kebahagiaan apabila kita rasa sedih. lama kelamaan aku terasa seperti adakah Allah ingin menutup mata aku daripada melihat siapakah yang cuba jatuhkan aku? adakah aku jadi sedih teruk apabila aku dapat tahu siapakah dia. ataupun sudah tiba masanya aku menangis pada bulan ini. yeah. aku akan nangis setiap bulan. cuma bulan ni aku tak nangis lagi. ya, mngkn itu sebabnya mngkn.

aku terlalu menjadi liar ke kalau aku dapat rasa bahagia? aku terlalu jahat ke jika aku senang. hati aku sakit. sakit menahan rasa sedih. rasa terpingggir. dipinggirkan. aku tertanya hari hari. aku tak cukup bagus ke. aku ada banyak kekurangan sangat ke. aku ni, takda buat kebaikan ke sampai orang tak nampak aku. aku tak wujud dalam hidup mereka ke. aku tak penting?  hati aku sakit.

Sabtu, 21 Januari 2017

tentang aku yang tak menarik pun

Assalamualaikum.

siapa kenal aku dekat sini... aku baik baik je sekarang. aku mcm korang jugak... ada masalah itu biasa~ hidup seperti biasa itu biasa~

something wrong somewhere. aku rasa alone tetiba. bkn nak kata apa la.. aku terasa aku ada tetinggal sesuatu yang milik aku. and yes. ketenangan itu perlu dicari dgn beribadah. and yeah, of course kena beribadah.. nanti hidup kita tak tenang.

maksud aku adalah.. akal aku mcm da tau something. tapi aku rasa bnda tu aku tertinggal or aku tak sedar. x pasti apa dia. mungkin barang, mngkin jugak perasaan, nasihat, motivasi, hal agama, or ilmu yg aku blaja maybe. ataupun ianya soal hak aku sebagai manusia.

anak dara tua.

apa akan jadi klau anda adalah anak dara tua. boleh ke hidup alone. boleh ke kering kan hati tanpa ada sebarang perasaan.

klau dah kawin, dan akhirnya manusia yang kau sayang itu hanya fake smasa bercinta,, bagaimana pula? kau kena hidup dgn dia slamanya. kau tak boleh cerai dgnnya. Allah x suka manusia bercerai. kau perempuan.. kau akan jd agak lemah dan bodoh apabila hidup dgn orang yg salah.

lidah aku tajam dowh. serious tajam. ditambahkan pulk aku ni seorang yg penyabar. bila da besuara... smua org kena tembak. aku rasa aku jahat. tapi......... aku tak faham langsung dgn definisi hidup ni.

hati aku dah kering. kau faham tak kering. apa keinginan aku, smua bnda aku biarkan. aku kata tak nak padahal nak. ada masalah kata tiada. aku lemah tapi aku kata aku ok je kuat je. aku stress tapi aku kata aku boleh buat. kau nak tau kenapa aku menidakkan apa aku rasa? smuanya kerana.. pabila aku cerita.. smua toleh ke tmpt lain. pabila aku mengadu, smuanya buat tak tahu.

aku ni bagaikan tong sampah. semua masalah manusia, ada pada aku. mereka mengadu dan cerita itu ini. smuanya dilemparkan pada aku. apabila mereka rasa lega, mereka pergi. aku pula? cerita dan masalah aku,, aku tak tahu nak campak mana. sampah itu la yg membuatkan aku jdi kering. bagaikan daun kering yg da lama mati. tapi masih kelihatan di bawah pokok. apabila mereka sedih, mereka cari pokok itu, dan nampak aku.

terlalu banyak kisah orang bercinta tapi tak jadi dan akhirnya tak bahagia. walaupun aku tak pernah merasai smua itu, tapi aku jadi takut utk bercinta. kerana bercinta sebelum kahwin itu, manisnya sudah lama hilang. dan berkahwin dgn orang yg asing pula,, nth apa la akn jadi.

orang kata aku ni pelik orangnya. pelik sngt. aku tak nak pun jadi pelik. tapi dah pelik, nk buat mcm mna kan.

akhir sekali... aku nak cakap.. aku rasa... takut.

Praktikal Diploma Di Audit Firm !!

Bismilahirahmanirahimm.. (sory klau eja salah. yg penting sebutannyaa)

Assalamualaikum.. nervous skit nak cerita. sebab takut korang sedang cari something yg berbeza. btw kita proceed je k.

aku budak diploma in accountancy. lecturer and bapak saudara aku prefer kitorg praktikal dkt audit firm. of course korang smua mcm tu jgk kan. smua org nk kita masuk audit firm supaya dapat blaja lagi dan lagi. and yeah. siapa x dngr nasihat org lebih tua dan berpengalaman rugi sangat sangat.

apa salahnya masuk audit firm. kita ambik akaun, so nk fhm akaun or mahir dalam akaun, dkt audit firm la citer dia. x kan nk buat keje photostate kertas je. klau mcm tu, lebih baik pegi buat keje part time je haha.

siapa rasa seram nk masuk audit firm,,, angkat tangannn. semua orang seram weyhh. tapi kau kena sedar, kau budak praktikal, sifat budak2 x bole ada. kau kena pandai kawal situasi yang korang dapat. nk teman or x de kawan, semua tu letak tepi. kau datang nk blaja weyh. dalam firm tu ada manusia. manusia itu la yg korang akan kena bergaul. klau tak suka bergaul,, kau hadap je keje yg dia bagi. da pukul 6 or 7 camtu, nak balik,, balik la. haha.

x tau la pulk klau2 setiap audit firm, ada system yg berbeza or mcm mna tah. yg aku tahu, tmpt aku praktikal nii... dikira ok la. btw, mind set kita yg kena ok. klau kau negatif je memanjang,, negatif la jadi dia sampai habis.

mcm kawan kawan aku la. dorang cerita itu ini. aku bayangkan situasi tu mcm mna. seriously suasana dorang ok je. friendly smua ada. klau garang or tegas.. biasala tu. nama pun nk blaja,, jgn la nangis. tapi da abis cerita, dorang kata, x sabar nk habis praktikal. woii... aku tak nak abis lg kott... aku masuk awal ni pun.. bnyk bnda lg yg aku nk kena blaja. ceritanya adalah.. kau budak akaun,, dah tentu tentu la hadap laptop. dah tentu tentu la ddk dlm office memanjang.

aku nak ingtkan lg skali,, mind set tu penting. dtg cari ilmu. bkn utk lepak2 time x de lecturer. dan bkn jgk baca buku time ada exam je. klau kau nk mcm tu, tunggu degree nnt.

time aku masuk praktikal, semua org tanya aku. masuk sorang je ke. kawan yg lain mana. mcm mna bole tau audit firm dkt sini. pada aku soalan tu agak pelik la sikit. da rasa pelik tu,, muka aku jd blurrr hahaha. mmg aku sorang pun masuk. ditambahkan lg,, aku tesilap bg tarikh. aku masuk awal dua minggu woi. aku akn abis awal seminggu. time aku diploma,, aku sorang je budak melaka. so mmg ptt la aku mmg sorang kan. aku cari audit firm guna internet je. aku tawakal sebenarnya. x nak demand sangt. dapat audit firm cina pun jadila~  last2 Allah bg aku audit firm melayu.. Alhamdulillah..

so korang x yah demand or harap tinggi2. percaya pada Allah je. btulkan niat. Allah akan bg apa yg terbaik utk korang. percaya pada diri k.

kerja yg dia bagi

di audit firm, dorang akan bg kerja. kerja utk senangkan kerja dorang. iaitu key in data. korang just kena tau debit kredit je. klau x tau, x pe. nnt dia ajar. klau lambat pickup tu.. catat la setiap apa yg dia ckp.. then buat nota, cuba fahamkan. sendiri kena survive. jangan menyusahkan org kat situ k. system yg dia guna dkt situ,, klau x tau sngt, tnya kawan je la. x kan staff nk kena ulang alik pegi dkt awakk... soci, sofp smua tu... x yahh. kita guna system. system da buat da hahaha. debit kredit je penting k.

klau dkt tmpt aku... nak makan ke,, nk dengar lagu, nk g kedai jap ke, smua bole. tpi kena mntk izin la. semua org kena behave k. jgn sampai ganggu org. staff bole buat lawak smua. sporting. dngr je audit firm, msti ada bnyk keje yg takkan pernah habis. so nk elakkan rasa stress, dorang smua sporting n masuk air. mcm aku ckp. jgn negatif sngt. kita yg kawal diri kita. klau positif, positif la kita utk hadapi smuanya. "nak hidup, kena pandai"


korang nak aku cerita pasal apa lg ek. apa yg korang nak tau. aku rasa yg ni je kot penting. yg lain... korang bole rasai sndr la suasana dan peraturan dia. klau nak tau something, bg tau k. aku on je nk cerita.


Assalamualaikum.