Ahad, 29 Januari 2017

luahan hati aku.

Assalamualaikum.

Hai pembaca sekalian. Kalau korang sudi baca,, thanks sesangat. at least, ada la jgk orang dngr luahan hati aku ni.

jika kau percaya penamat bagi sebuah cerita itu indah jika kau menjadi orang yang baik, kau beruntung. kerana kau masih percaya. tapi kekadang kau rasa benci dan mengamuk giler bila ianya lambat hadir. bila difikirkan balik, jika ia tamat yang bahagia, aku tidak lagi ada disini. aku di tempat yang lain. adakah aku ingin bersama mereka lagi. adakah aku ingin lari dari mereka semua.

aku bukan sesiapa. aku biasa. tak menarik. tak tertarik dek orang pun. jika orang ingin nilai aku, mereka takkan nampak apa yang baik tentang aku. aku takda manfaat untuk mereka pun. aku orang yg biasa sangat. aku tak hina diri aku. orang orang yang suka tolak aku. aku tak kisah ditolak. tapi apabila semua orang menolak, aku rasa sakit. kadang kadang orang tolak dengan kuat. ada jugak tolak dengan perlahan. aku usik sikit, mereka tengking. padahal aku tak tolak dorang pun.

kau tahu ini cerita tentang apa? kau sendiri boleh cipta imaginasi sendiri. jika ia ada kaitan dengan hidup korang, korang hayati la. random k.

adakalanya Allah bagi kebahagiaan apabila kita rasa sedih. lama kelamaan aku terasa seperti adakah Allah ingin menutup mata aku daripada melihat siapakah yang cuba jatuhkan aku? adakah aku jadi sedih teruk apabila aku dapat tahu siapakah dia. ataupun sudah tiba masanya aku menangis pada bulan ini. yeah. aku akan nangis setiap bulan. cuma bulan ni aku tak nangis lagi. ya, mngkn itu sebabnya mngkn.

aku terlalu menjadi liar ke kalau aku dapat rasa bahagia? aku terlalu jahat ke jika aku senang. hati aku sakit. sakit menahan rasa sedih. rasa terpingggir. dipinggirkan. aku tertanya hari hari. aku tak cukup bagus ke. aku ada banyak kekurangan sangat ke. aku ni, takda buat kebaikan ke sampai orang tak nampak aku. aku tak wujud dalam hidup mereka ke. aku tak penting?  hati aku sakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan