pengalaman budak accountancy---

Assalamualaikum :) :) :)

okay korang, so now aku nak cerita pasal . . . . . .

"pemilihan selepas diploma in accountancy"

for sure aku cerita pasal aku. hahah.

first,
aku bukanlah budak account time sekolah dulu. dan aku bukanlah budak pandai. bukan jugak budak pickup. apatah lagi bukan budak last minute tapi result gempak.

time diploma dulu, aku try biasakan diri dengan suasana account. maksudnya, ilmu akaun yang aku belajar ni, bagi aku, benda ni benda baru yang aku baru fikir.

selama aku sekolah, kita dah dibiasakan diri dengan belajar sains dari awal lg. i dun know dari tadika or darjah satu blajar sains. but it is for the first time for me untuk biasakan diri dengan akaun.

akaun ni, ianya tentang putaran hidup mengenai duit. ada je benda yang berkaitan. ada je benda yang tiba tiba ada kena mengena. kita perlu tahu menguruskan hal kita, hal orang, hal sapa sapa jelah. kadang kadang rasa macam detektif pun ada. ada je key word yang baru jumpa dan semuanya first time la bagi aku.

kalau korang rasa okay je dengan akaun, rasa senang, alhamdulillah lah. aku ni lain.. tak berapa pandai sangat pun~

cakap je akaun, akan ada.....

ACCA
Diploma
Bachelor

ACCA ni boleh dikatakan.... kalau kau budak straight A, boleh la masuk. jimat sikit masa. tak kesah pun budak pandai or tak pandai sebenarnya. semua orang boleh masuk. pada pendapat aku, tepuk dada tanya diri, mampu atau tak nak hadap 14 paper yang mahal bertaraf dunia tu. kalau gagal, duit kau burn. korang mesti kata aku ni negatif fikir mcm tu kan. korang boleh cari maklumat sendiri la pasal ACCA tu. just pendapat aku, klau kau jenis dapat result kadang kadang grade B, C, hm aku tak sarankan. tuje.

k proceed.

aku ambik Diploma in Accountancy. kalau korang nak tau, pengalaman aku as student ataupun takdir aku time tuu...


  • lecturer ajar macam budak budak boleh terus nampak apa dia cakap.
  • 1% shj budak pandai akaun tapi itupun dorang mcm tak yakin sangat dengan fahaman dia. (biasanya kawan ajar lagi faham dari lecturer. so jawapan yang sememangnya pasti dapat time 2@3 hari sebelum exam. nak nangis je rasa huwaaa..)
  • group assignment yang kena search study sendiri. (kau ingat search terus dapat ke? memang tak lah. search maksud dan penerangan boleh la dapat. point sebenar kena present nanti adalah pengiraan samada jawapan betul atau tidak dann.. ada jugak assingment yang perlu interview manager di sebuah syarikat. syarikat pun kena pilih gak syarikat apa. nak senang cerita, kau salah pilih, jawapan yang kau nak, takkan ada.)
  • lecturer suka suruh kita berdikari. yeah kedengaran bagus. tapi seriously sentiasa confuse betul ke tidak ni. adaaa jee info info yang membuatkan kita takde pendirian. tak faham aku. haha.
so itu adalah pengalaman aku as student yang... xde basic akaun.. dan... aku jenis lambat pickup. dalam kata lain, kejutan minded haha.

tapi... selama aku jalani pembelajaran dalam bidang ni.. takde pulak rasa nak berhenti or benci dengan subjek ni. seronok la jugak sentiasa belajar benda baru. u know what, susah itu indah :) cgpa aku just 3 only... 3 point brp rahsia yaa.. haha.

BACHELOR...

macam aku cakap sebelum ni, diri aku ni tak mampu untuk ACCA. aku sedar diri haha. so apa salahnya sambung degree kan. orang tengok jugak degree. bukan tak tengok langsung haih. 

aku dalam proses untuk sambung... dalam masa 3 minggu lagi insyaaAllah akan pergi ke sana untuk daftar...

bukan tempat yang sama... tapi harap harap okay lah disana...
fikir je degree, rasa tak shabarr nak praktikal audit firm
and then kalau boleh audit firm tu serap terus budak praktikal kerja hee bestnyaa...

ok cerita aku dah habis.

btw, aku bukan perlekehkan ACCA or tak galakkan.. aku galakkan giler giler kalau kau mampu untuk ambik tau :) but... kalau tak mampu, ambik je degree ok. kawan aku ada je lepas diploma kerja terus bidang akaun.

maksud aku adalah.. ambik mana mana pun boleh.. tak kesah pun.. hidup kita ni lain lain kan. jangan negatif sangat apa aku fikir k.

okaylah, taknak bebel panjang. byee..
Assalamualaikum....
:)










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Praktikal Diploma Di Audit Firm !!

3 minggu lagi degree Mari . . .